Category Archives: Berita Sukan
Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu atlet negara meneruskan kecemerlangan sukan di peringkat dunia. Khairy menerusi ucapannya pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) malam tadi memuji pelbagai kejayaan yang diraih atlet negara sepanjang saingan tahun lalu termasuk kontinjen Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang muncul juara keseluruhan pada temasya dwitahunan itu….
MUAR, 10 Mac — Program Fit Malaysia yang mula diperkenalkan sejak 2014 merupakan platform terbaik bagi menyemai dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan dan ia menunjukkan amalan gaya hidup sihat semakin mendapat perhatian rakyat di negara ini. “Kita bukan…
PENAMPANG – Akademi Tunas akan diperluas ke setiap daerah di Sabah bagi menggilap lebih banyak bakat baharu bola sepak dalam kalangan anak muda negeri ini dengan pengetahuan asas sukan itu serta gaya permainan berkualiti, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata akademi yang dilaksanakan kerajaan menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) itu…
Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dicalonkan dalam Festival Senibina Dunia 2017, di Arena Berlin, Jerman pada 15 hingga 17 November ini. Bangunan ikonik Malaysia itu yang disenaraikan menerusi kategori ‘Bangunan Baharu dan Lama’ akan bersaing dengan bangunan terpilih di serata dunia seperti Fearon Hay Architects, Kauri Timber Building, Auckland, New Zealand dan Ntsika Architects, Esselen…
Kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membuat bidaan bagi menjadi tuan rumah Sukan Olimpik suatu hari nanti. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun persediaan untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di dunia itu tidakboleh dilakukan dalam jangka masa terdekat tetapi memerlukan tempoh yang panjang. Beliau mengulas cadangan yang dibuat Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku…
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mempertimbangkan cadangan supaya skuad hoki lelaki negara dimasukkan ke dalam Program Podium. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata cadangan berkenaan akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Penilaian Program Podium selepas berakhirnya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini. Beliau menjelaskan program berkenaan yang…
Amat tidak wajar untuk menghukum dan membuat kesimpulan terhadap skuad Harimau Malaya semata-mata kerana satu kekalahan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 Rabu lalu. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana jurulatih Nelo Vingada mempunyai masa yang singkat untuk membentuk skuad kebangsaan bagi berdepan pasukan yang menghuni tangga ke-135, Lebanon. Bagaimanapun, beliau yakin…
RANAU, 5 Jun – Keadaan cuaca dan angin kencang bukan penghalang kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bersama 24 pendaki meneruskan misi menyalakan obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, di puncak Gunung Kinabalu, awal pagi tadi. Semangat juang kental itu terbukti dengan terciptanya sejarah pada 5.53…
RANAU, 4 Jun – Selepas diarak di Labuan, obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 kini berada di Sabah dan dibawa menuju ke puncak Gunung Kinabalu yang merupakan mercu tanda Negeri di Bawah Bayu itu sebelum larian diteruskan di seluruh negeri esok. Obor itu diserahkan oleh Ketua…
KUALA LUMPUR, 30 Mei – Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (Masoc) berjaya melepasi sasaran awal penajaan sebanyak RM80 juta untuk temasya Kuala Lumpur 2017 (Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan). Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata penajaan terbaharu daripada pengeluar pewter tempatan, Royal Selangor menyaksikan Masoc berjaya mengumpul jumlah penajaan sebanyak RM82.7…