Fokus saya sebagai Menteri Belia adalah berdasarkan keperluan untuk melibatkan, memperkasakan, mengaktifkan dan akhirnya memberi impak kepada belia di Malaysia.
Belia di Malaysia mempunyai pelbagai pendapat dan ideologi, persepsi dan tanggapan, kecenderungan serta aktivisme. Kami menghormati ia. Walaubagaimanapun, apa yang penting adalah kefahaman umum bahawa kita perlu sedar dan sentiasa bekerjasama membina Malaysia yang lebih baik, untuk diri kita dan generasi yang akan datang.
Pembinaan negara bangsa adalah satu kerja yang berterusan, tetapi inilah yang menjadikan Malaysia negara yang begitu menarik. Di kala ini, terdapat banyak peluang untuk semua memainkan peranan dan menyumbang, tidak kira besar atau kecil. Kita boleh mengolah wadah masa depan yang membanggakan dengan menetapkan piawaian teladan dari segi daya saing, integriti, semangat berpasukan dan kecermelangan; ringkasnya tiada had dan sempadan bagi tujuan ini.
Saya percaya belia dan gerakan belia adalah agen utama bagi merealisasikan kejayaan negara yang berterusan di dalam dan juga di persada antarabangsa. Kita hendaklah memupuk semangat yang membudayakan pembelajaran, perbincangan serta perbahasan kerana ini semua adalah tunjang utama kearah pembangunan yang mampan.
Di bawah bimbingan saya, aktiviti belia di kementerian saya akan memberi penumpuan kepada tiga aspek sebagai lanjutan dari piagam kami:
Pendedahan & Peluang – Pembangunan Keyakinan
Penglibatan & Aktvisme – Pembangunan Komuniti
Sokongan & Penglibatan – Menggunakan Belia demi Malaysia
Dari masa ke semasa pasukan saya, akan mengemaskini segala usaha dan aktiviti berkisar tiga komponen berikut di dalam bahagian belia ini dan juga laman sesawang yang berkaitan untuk memberi peluang kepada anak muda untuk bekerja dengan kami, menolong kami dan berganding bahu dengan kami.
Kami akan memberikan tumpuan pada belia sebagai satu tema bersekali dengan sukan dalam usaha menyediakan satu kerangka aktiviti yang kukuh.
Kepada seluruh anak muda Malaysia – saya mendahulukan ucapan terima kasih kepada anda semua dan saya berharap anda dapat menyokong kami dengan mengambil bahagian dalam acara, aktiviti dan inisiatif anjuran kami. Ini adalah medan bagi anda dan oleh itu semakin giat penyertaan anda, semakin baik gerak kerja kami kelak.
Sila tawarkan khidmat dan bantu kami untuk penambahbaikan; ,maklum balas konstruktif amat dihargai dan sentiasa dialu-alukan.